KUALA LUMPUR 27 Sept. – ‘Warlord’ (ketuanan), nepotisme, sikap pandai-pandai sendiri dan ingkar arahan parti menjadi punca seluruh kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan dan dua bahagian di Selangor dibubarkan serta-merta. Pengumuman pembubaran oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat ketika pemimpin-pemimpin parti tersebut menolak sebarang kerjasama dan menganggap UMNO akan hancur. Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di Menara Yayasan Selangor…










