Malaysia tewaskan Kemboja - Utusan Malaysia

Malaysia tewaskan Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Skuad negara bimbingan Tan Cheng Ho bangkit daripada ketinggalan sebelum berjaya menewaskan Kemboja 3-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan sebentar tadi.

Tuan rumah lebih dulu membuka jaringan di babak pertama menerusi Visal Seouy seawal minit ke-18 untuk mengejutkan Harimau Malaya.

Bagaimanapun apabila aksi memasuki babak kedua, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan, Mohd. Shahrul Saad pada minit ke-62.

Tidak terhenti di situ sahaja, Malaysia yang tewas 0-2 kepada Taiwan minggu lalu juga dalam aksi persahabatan menambah dua lagi gol menerusi Syazwan Andik Ishak 12 minit selepas itu diikuti gol ketiga Muhammad Shahrel Fikri Mohd. Fauzi pada masa kecederaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN