Majlis Penasihat Kerajaan kembali laksana kerja masing-masing - Daim - Utusan Malaysia

Majlis Penasihat Kerajaan kembali laksana kerja masing-masing – Daim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Anggota Majlis Penasihat Kerajaan kini sudah ‘kembali melaksanakan urusan kerja masing-masing’ walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan badan tersebut masih kekal sebelum ini.

Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung majlis itu termasuk sama ada mereka masih mengadakan mensyuarat atau tidak.

Daim berkata demikian ketika ditemui selepas majlis dialog townhall dengan penduduk Titiwangsa di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan dianggotai empat lagi pakar selain Daim termasuk tokoh perniagaan, Tan Sri Robert Kuok; bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican dan ahli ekonomi, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram.

Majlis itu bertindak sebagai badan berkuasa yang menasihati kerajaan mengenai hal-ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing. Selain itu, ia membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN