Majikan tanggung levi RM10,000 - Utusan Malaysia

Majikan tanggung levi RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan pekerja asing yang telah bekerja selama 10 tahun dan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) boleh melanjutkan tempoh pekerjaan di negara ini dengan bayaran levi sebanyak RM10,000 setahun.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, berdasarkan keputusan kerajaan yang dibuat pada 29 Ogos lalu itu, pekerja asing diberikan kelonggaran tersebut dengan tempoh bekerja maksimum selama tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 Oktober ini.

Katanya, kadar levi sebanyak RM10,000 setahun bagi setiap pekerja asing itu perlu ditanggung oleh majikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan ketika ini terdapat seramai seramai 45,146 pekerja asing yang bekerja selama 10 tahun di Malaysia dan memiliki PLKS.

“Keputusan ini hanya akan dilaksanakan ke atas pekerja asing dalam sektor formal yang dibenarkan sahaja iaitu perkilangan, pembinaan, perlada­ngan, per­khidmatan, pertanian, perlombongan dan kuari namun tidak termasuk sektor yang dibekukan serta syarikat-syarikat penyumberan seperti perkhidmatan pembantu rumah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini