BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut persetujuan yang dicapai dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Katanya, beliau akur dengan persetujuan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh yang disebut adalah dua tahun. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pada sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Brunei Darussalam, di sebuah hotel di sini malam tadi. Mengenai kebimbangan sekiranya sejarah akan berulang apabila beliau tersilap memilih penggantinya untuk menerajui negara, Mahathir berkata, sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan penggantinya, maka rakyat boleh membuat pendirian pada pilihan raya umum. Menurut beliau, sebelum ini banyak usaha dilakukan seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya