Macau Scam ‘sedut’ RM317,500 duit bekas cikgu - Utusan Malaysia

Macau Scam ‘sedut’ RM317,500 duit bekas cikgu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 11 Sept. – Seorang pesara guru berusia 60-an kerugian sebanyak RM317,500 wang simpanannya dipercayai akibat menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam, minggu lalu.

KS MENDER SINGH
KS MENDER SINGH 

Pemangku Ketua Polis daerah, Superintenden KS Mender Singh berkata, mangsa dipercayai ditipu menerusi panggilan daripada individu yang menyamar sebagai kakitangan mahkamah sebelum disambungkan pula kepada ibu pejabat polis.

“Suspek memberitahu mangsa kononnya mempunyai tunggakan kad kredit dan kad terbabit disyaki digunakan seorang lelaki bagi urusan dadah serta pengubahan wang haram.

“Mangsa berasa takut dan mengikuti segala arahan yang diminta termasuk memberikan butiran akaun bank bagi menyiasat sama ada dia terlibat atau tidak dalam kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, sebentar tadi.

Mender Singh berkata, mangsa akhirnya menyedari ditipu apabila tidak menerima semula wangnya seperti dijanjikan dalam tempoh 30 minit selain gagal menghubungi nombor telefon yang diterimanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN