PETALING JAYA 21 Sept. – Selepas membantu Malaysia membenam Tajikistan 6-2 pada aksi pembukaan Kumpulan A Kejuaraan Bawah 16 tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018, penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin masih dahagakan lebih banyak gol. Prestasi cemerlangnya meledak empat gol dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam memberikan permulaan sempurna buat Malaysia, dam dia mahu meneruskan kecemerlangan itu dalam dua lagi perlawanan menentang Thailand dan Jepun.…










