KEGILAAN makan benda-benda yang bukan makanan merupakan satu penyakit dan ia dikenali sebagai pica. Ia merupakan satu keadaan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada penghidapnya kerana memakan sesuatu yang bukan makanan seperti besi dan kertas. Salah seorang individu yang cukup terkenal kerana kegilaannya memakan besi ialah Michel Lotito. Lotito menjadi fenomena sehinggalah kematiannya pada tahun 2007. Terkenal dengan jolokan Mr. Eat All, lelaki yang dilahirkan di Grenoble, Perancis pada tahun 1950…










