Lori tangki minyak terbalik, kesesakan teruk di Jalan Siburan-Serian - Utusan Malaysia

Lori tangki minyak terbalik, kesesakan teruk di Jalan Siburan-Serian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBURAN – Seorang pemandu lori tangki minyak berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbalik di Jalan Siburan-Serian di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu turut menyebabkan kesesakan jalan yang teruk apabila kenderaan berat tersebut merintangi jalan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.31 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan kemudian diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

xxBuat masa ini operasi mengalihkan lori tangki minyak itu sedang dilakukan.

“Apabila tiba, anggota bomba mendapati sebuah lori tangki minyak dalam keadaan terbalik dan merintangi laluan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu kenderaan tersebut hanya mengalami kecederaan ringan sebelum pasukan bomba melakukan kerja-kerja pembersihan kesan tumpahan minyak di situ,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Ling Hii menambah, buat masa ini operasi mengalihkan kenderaan berat tersebut sedang dilakukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN