SIBURAN 12 Sept. – Sebuah lori tangki minyak dipercayai hilang kawalan lalu terbalik dan menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Siburan-Serian, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kenderaan berat berkenaan telah merintangi jalan lalu menghalang pergerakan trafik. Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 1.31 petang. Katanya, sepasukan lapan anggota bomba dari…










