ARAGON, Sepanyol – Pelumba Ducati, Jorge Lorenzo berjaya meraih petak pertama perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon selepas melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan yang berlangsung di Litar Motorland malam tadi. Juara tiga kali MotoGP itu memecut laju untuk merekodkan catatan terpantas 1 minit 46.881s saat, sekali gus membolehkannya meraih petak pertama buat kali ketiga berturut-turut. Lebih manis, pelumba sensasi Sepanyol itu merampas kedudukan petak pertama pada saat akhir setelah memintas catatan masa rakan sepasukannya, Andrea Dovizioso yang mencatatkan 1:46.895s. Mengulas mengenai persaingannya di pusingan terakhir itu, Lorenzo mengakui agak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya