GOMBAK 19 Sept. – Sebuah lokasi terpencil di Kampung Batu 8 1/2 dekat sini didakwa menjadi tempat pelupusan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab. Penduduk mendakwa kegiatan itu sudah berlarutan sejak lima tahun lalu tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan pihak berwajib. Kegiatan itu bukan sahaja mencemarkan pemandangan dan menghasilkan bau busuk, malah mewujudkan tempat pembiakan nyamuk aedes, lalat serta tikus. Keadaan ini sekali gus membahayakan kesihatan dan nyawa lebih 500 penduduk…









