ARAU – Jumlah pelancong ke Pulau Langkawi dijangka meningkat kepada lima juta orang pada 2020 hasil penganjuran Travel Mart 2018 oleh Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) baru-baru ini selain pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL). Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Datuk Azizan Noordin berkata, PATA yang bertaraf antarabangsa memberi kesan positif dan berupaya melonjak industri pelancongan tempatan. “Pendapatan Langkawi hasil pelancongan pada 2020 pula dijangka mencecah RM9 bilion,”…










