Saya memulakan anekdot ini dengan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Utusan Melayu yang mempelawa saya menyumbang tulisan dalam akhbar ini. Dengan kepercayaan yang diberikan, saya akan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk akhbar ini yang kesannya dinikmati oleh pembaca dan masyarakat seluruhnya. Mengapa namanya Dari Puncak? Sebenarnya ini bukan bermaksud penulisnya sudah berada di puncak kejayaan. Tetapi puncak dalam konteks tulisan ini adalah satu disiplin dan etika untuk melihat…










