BINTULU – Seorang lelaki ditemui rentung selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya terlibat dalam kemalangan sebelum ia terbakar di Jalan Samalaju di sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah hari itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Ah Heng, 40-an meninggal dunia, manakala Alwi Kamarau, 42, cedera ringan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian…










