Lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas ketika menjala ikan - Utusan Malaysia

Lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas ketika menjala ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH – Seorang Orang Asli daripada suku Semai dikhuatiri lemas sewaktu menjala ikan bersama rakannya di sebuah lombong di Kampung Pisang di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd. Jamaluddin Mat Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada 5.42 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, sewaktu kejadian, mangsa, Miszal Abu, 38, dan rakannya, Bah Denis Ramli, 38, yang merupakan anggota tentera darat menjala ikan di kawasan tersebut.

“Berdasarkan keterangan rakannya, dia berada di tengah lombong tersebut manakala mangsa dipercayai lemas sewaktu berada kira-kira 10 meter dari tebing.

“Sewaktu kejadian, kedua-dua lelaki itu dikhuatiri lemas namun, rakannya berjaya menyelamatkan diri dan melihat mangsa tenggelam di dalam lombong berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Menurut Mohd. Jamaluddin, susulan daripada kejadian itu, pihak bomba Batu Gajah terpaksa meminta bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Ipoh untuk membantu operasi menyelamat mangsa.

Ujarnya, setakat ini operasi mencari mangsa sedang dijalankan terutamanya di kawasan permukaan air lombong itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN