TAPAH 12 Sept. – Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 316, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, Mohd. Firdaus Mohamed Yusoff, 30, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Nissan Almera yang dipandu mangsa hilang…










