SEREMBAN 6 Sept. – Seorang pemandu lori maut selepas dihempap kepala sebuah lori ketika sedang memeriksa bahagian enjin kenderaan itu di Kawasan Perindustrian Oakland, Seremban 2 di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.25 pagi itu, mangsa, Ng Koor Min, 66, dikatakan sedang membersihkan bahagian enjin lori berkenaan sebelum kepala kenderaan berat itu terjatuh lalu menghempap tubuhnya. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat sesak nafas. Ketua Operasi…










