Lelaki jual Grand Royal Whisky ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki jual Grand Royal Whisky ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 435 botol minuman keras pelbagai jenis termasuk jenama Grand Royal Whisky dalam operasi khas di U/5 Bandar Suria, Sungai Buloh dekat sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden S. Somu berkata, lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan menjalankan kegiatan tersebut sejak tiga hingga empat bulan lalu.

“Premis ini menjalankan perniagaan di belakang kedai serbaneka sejak beberapa bulan lalu sebelum serbuan dilakukan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan terhadap lelaki tersebut bagi mengetahui dari mana minuman keras tersebut diperoleh,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di sini hari ini.

Tambah Somu, suspek direman sehingga 1 Oktober depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini