KUALA LUMPUR 26 Sept. – Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 435 botol minuman keras pelbagai jenis termasuk jenama Grand Royal Whisky dalam operasi khas di U/5 Bandar Suria, Sungai Buloh dekat sini malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden S. Somu berkata, lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan menjalankan kegiatan tersebut sejak tiga hingga empat bulan lalu. “Premis ini menjalankan perniagaan di belakang kedai serbaneka sejak beberapa bulan lalu sebelum…










