SHAH ALAM – Tindakan seorang lelaki memuat naik rakaman video menghina agama Islam di laman sosial Facebook miliknya membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa semalam. Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah kawasan di Johor Bahru kira-kira pukul 3.40 pagi oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, penahanan lelaki tersebut dibuat selepas pihaknya menerima…