Lelaki ditahan miliki pedang - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan miliki pedang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 27 Sept. – Polis Seberang Perai Tengah (SPT) menahan seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah bank di Pusat Perniagaan Alma di sini pada pukul 10 malam tadi.

Pemeriksaan keatas lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu membawa kepada penemuan sebilah pedang berwarna perak yang dibalut dengan sehelai kain berwarna merah di dalam kereta miliknya.

Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil soal siasat yang dijalankan, suspek memaklumkan pedang itu digunakan untuk mengugut bekas isterinya yang didakwa sering membawa lelaki lain ke rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lelaki berusia 39 tahun itu dikesan berada di dalam kereta di hadapan bank itu pada pukul 10 malam dan hasil pemeriksaan menemukan sebilah pedang yang dibalut dengan kain di dalam kereta itu.

“Dia akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok di bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini