Lelaki diburu kes samun dobi ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki diburu kes samun dobi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang diburu polis bagi membantu siasatan kes samun pelanggan dobi layan diri, kedai serbaneka 24 jam dan kedai runcit di sini pada minggu lalu berjaya ditahan di Juru, Pulau Pinang semalam.

Suspek berusia 20 tahun itu direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, Balkhis Abdul Halim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap warna jingga tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Sungai Petani di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, kes samun tiga premis itu dianggap selesai dengan penahanan suspek tersebut.

Polis pada Khamis lalu menahan suspek utama kes berkenaan berusia 21 tahun dan isterinya berusia 32 tahun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini