KUASA dan parti politik ibarat gula dan semut. Bila kuasa hilang, semut pun lari. Sebab itu pesekitaran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lebih lapang, tidak seperti kelaziman Perhimpunan Agung UMNO. Bahkan ballroom hotel bersebelahan PWTC disewakan untuk sebuah majlis perkahwinan. Kalau dulu, jangan harap. Semut-semut yang dulunya datang menghurung menyesakkan PWTC membawa bersama pelbagai ‘sampul’ berisi hajat atau untuk tunjuk muka tanda sokongan kini bertebaran mencari bekas gula baru setelah…










