KUALA LUMPUR – Sebanyak RM2.973 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, transaksi dilakukan menerusi tiga syarikat iaitu Good Star, Aabar dan Tanore. “Sehingga masa kini, sebanyak 132 transaksi penggunaan wang haram telah dikenal pasti dan polis juga telah merakamkan percakapan daripada 64 individu termasuk Najib dan anak perempuannya, Nooryana Najwa.…










