JOHOR BAHRU 27 Sept. – Sports Johor dan Consolewar menjalin kerjasama menganjurkan Johor e-Sport Fifa19 Challenge bagi menarik dan menyemai minat rakyat, khususnya golongan muda dalam sukan tersebut. Pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan itu akan diadakan dalam empat siri, dengan siri pertama akan berlangsung di pusat beli-belah Galleria@Kotaraya, Sabtu ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, pertandingan tersebut terbuka kepada semua peminat sukan itu…










