TOKYO – Usaha untuk mengosongkan sebuah lapangan terbang utama di Jepun giat dilakukan semalam selepas orang ramai terperangkap berikutan satu-satunya laluan masuk rosak akibat Taufan Jebi. Sebilangan bot membawa penumpang keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai selepas beribu-ribu orang terpaksa bermalam di fasiliti tersebut. Sebahagian lapangan terbang itu telah dinaiki air. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai merupakan antara yang paling sibuk di Jepun. Sementara itu, sekurang-kurangnya 11 orang maut dan lebih 300 lagi cedera apabila Taufan Jebi membadai kawasan pengilangan utama di sekitar bandar kedua terbesar Jepun, Osaka. Ribut itu membawa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya