KUALA LUMPUR 29 Sept. – Lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam direman empat hari bermula hari ini hingga Selasa depan. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahmandi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini. Peguam bela enam pegawai Imigresen terbabit, Mohamad Zahid Ahmad berkata, mahkamah membenarkan reman selama empat hari…









