SEREMBAN 29 Sept. – Seramai lapan calon menghantar borang penamaan calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Mereka ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.

Turut berbuat demikian ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, selain Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan, Kan Chee Yuen dan A. Rajendra.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pegawai Pengurus PRK Port Dickson, Khairy Maamor mengumumkan pusat penamaan itu ditutup pukul 10 pagi untuk sebarang bantahan. – UTUSAN ONLINE











