MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuntut satu perbincangan khas dilakukan untuk merangka semula peranan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) agar litar itu mampu digunakan sebaik mungkin terutama dalam pelaksanaan proses pembangunan sukan permotoran daripada pelbagai peringkat termasuk akar umbi. Justeru, Syed Saddiq bercadang untuk melakukan perubahan terhadap Ahli Lembaga SIC dengan meletakkan individu berpengalaman dalam arena sukan permotoran, sekali gus tidak terhad kepada golongan profesional mahupun ahli…










