KETIKA sedutan filem Langsuir dimuat naik dalam laman perkongsian video YouTube beberapa bulan lalu, ramai yang tidak sabar ingin menyaksikan kelibat pelakon Hannah Delisha dijelmakan sebagai seekor langsuir di layar lebar. Sebagai pelakon yang bermula dengan drama, percubaan perdananya sebagai pemain filem sudah tentu meraih perhatian ramai, khususnya peminat filem genre seram yang menantikan kelainan daripada wanita kelahiran Singapura itu. Namun, di sebalik keterujaan peminat, ada juga yang menyifatkan Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch terlalu cantik untuk memegang watak makhluk mistik berkenaan. Barangkali, tanggapan tersebut muncul dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya