RAI. Kumpulan SRP80 SMGC, Kedah berkonvoi ke Terengganu bagi meraikan majlis kenduri anak rakan persekolahan mereka, Mariana Ishak baru-baru ini. Kebanyakan mereka dari Kedah dan selebihnya dari Lembah Klang. Selepas kenduri, mereka mengambil kesempatan membeli-belah di Pasar Payang di Kuala Terengganu. Sehari selepas majlis, tuan rumah menyediakan sarapan nasi dagang istimewa kepada ahli kumpulan di kediamannya di Ajil sebelum mereka berangkat pulang ke destinasi masing-masing.










