ADA bertanyakan kepada Tumpang lalu tempoh hari, benarkah kuasa majoriti Melayu kini sudah berpindah kepada ‘kumpulan sosialistik’? Tumpang lalu bertanya balik, apa maksudnya itu? Itu ‘istilah’ baharukah? Kata orang itu, ‘kumpulan sosialistik’ ini berteraskan ‘prinsip sama rasa, sama rata sehinggakan perjuangan tradisional tampak tidak lagi relevan’. ‘Perjuangan tradisional’ ini merujuk kepada perkara-perkara berkait hak keistimewaan orang Melayu dan yang terkandung dalam Perkara 153. Tumpang lalu tidak bisa komen sejauh itu.…










