AHAD lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian seorang legenda menu char kuetiau paling popular di Lembah Klang dikenali sebagai ‘Aunty Gemuk’. ‘Aunty Gemuk’ atau nama sebenarnya Ah Hi mengusahakan sebuah gerai kecil di dalam Restoran Jamal Mohamed yang terletak di Kelana Jaya, Selangor. Dia dilaporkan meninggal dunia selepas kecederaan pada kakinya tidak sembuh selepas terjatuh kira-kira empat bulan lalu. Pengguna laman sosial Twitter yang cukup mengenali figura wanita tersebut…










