KTMB jalin kerjasama strategik dengan Kelab HHH - Utusan Malaysia

KTMB jalin kerjasama strategik dengan Kelab HHH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalin kerjasama strategik dengan Kelab Hash House Harrier (HHH) yang berpangkalan di Selayang, Selangor bagi program pelancongan jelajah tren sewa khas dari Hatyai, Thailand ke KL Sentral.

Pengurus Besar Pejabat Pengurusan Transformasi KTMB, Afzar Zakariya berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan mempromosikan lokasi-lokasi menarik di negara ini kepada 300 ahli kelab itu.

“Majoriti mereka berasal dari luar negara seperti Jerman, Australia, Switzerland, Amerika Syarikat dan New Zealand.

“Kelab ini menyewa tren khas dengan kapasiti sembilan gerabak untuk melakukan pelbagai program menarik bagi merapatkan hubungan sesama mereka.

“Selain itu, mereka akan bermalam di Ipoh bagi melihat sendiri tempat-tempat bersejarah dan menarik di bandar raya itu.

“Perjalanan tren sewa khas ini akan tamat di KL Sentral pada esok,” katanya ketika ditemui pemberita di Stesen KTMB Padang Besar di sini hari ini.

Kelab HHH ditubuhkab pada 1938 yang ahlinya merangkumi bekas kakitangan, keluarga dan generasi askar British yang pernah berkhidmat di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN