KPWKM utamakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak tingkat kadar kelahiran  - Utusan Malaysia

KPWKM utamakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak tingkat kadar kelahiran 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi perhatian khusus terhadap kemudahan pusat jagaan kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kadar kelahiran di Malaysia menjelang tahun 2020.

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kemudahan pusat jagaan kanak-kanak adalah antara sokongan utama yang boleh diberikan kepada ibu bapa bagi menggalakkan lebih banyak kelahiran.

“Kekurangan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja antara faktor golongan ibu mengehadkan bilangan kelahiran dalam keluarga mereka.

“Oleh sebab itu, perhatian yang harus kita berikan adalah kemudahan pusat jagaan kanak-kanak agar ibu bapa yang bekerja boleh melaksanakan tugas mereka seperti biasa tanpa perlu risau mengenai keselamatan anak-anak mereka,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Asmak Husin mengenai rancangan atau promosi yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menggalakkan kaum ibu meningkatkan bilangan kelahiran dalam keluarga. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN