SERI MANJUNG – Seorang lelaki ditahan dan kira-kira 2,000 liter minyak diesel bersubsidi disita oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Manjung dalam satu serbuan di sebuah premis di sini Khamis lalu. Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNHEP Manjung, Mohamad Suhaimi Mohamad Nor berkata, dalam serbuan itu juga, pihaknya turut menyita sebuah lori dan dua tangki fiber yang digunakan sebagai tempat simpanan bahan bakar tersebut. “Serbuan tersebut dibuat selepas…










