JALALABAD, Afghanistan – Angka korban akibat serangan bunuh diri menyasarkan penunjuk perasaan di Afghanistan meningkat kepada 68 orang, kata pihak berkuasa semalam ketika keganasan merebak ke seluruh negara. Pengeboman di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan kelmarin adalah yang terbaharu dalam gelombang serangan oleh pemberontak yang telah meragut beratus-ratus nyawa orang awam dan anggota pasukan keselamatan di Afghanistan. Letupan itu juga mencederakan 165 orang, kata jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Ataullah Khogyani. Setakat…










