Koperasi juga menawarkan khidmat sukarelawan - Utusan Malaysia

Koperasi juga menawarkan khidmat sukarelawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Pergerakan syarikat-syarikat koperasi kini tidak sahaja tertumpu kepada ekonomi sebenar (real economy) malah menjangkau sehingga menawarkan khidmat-khidmat sukarelawan di negara ini.

Datuk Abdul Fattah Abdullah
Datuk Abdul Fattah Abdullah 

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ini berikutan pada hari ini sahaja sebanyak sembilan entiti terdiri daripada syarikat-syarikat koperasi, kelab-kelab rekreasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalinkan kerjasama dengan Angkasa bagi menjayakan kerja-kerja sukarelawan.

“Kini terdapat sebanyak 14,000 ribu syarikat koperasi dengan keahlian seramai 6.5 juta ahli dari seluruh negara.

“Jumlah yang besar ini kalau digerakkan dengan ahli-ahli menawarkan khidmat komuniti, sukarelawan ketika bencana, program-program keceriaan koperasi dan sebagainya lagi, maka ia memberikan perspektif yang lebih bermakna kepada pergerakan koperasi di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Rakan Sukarelawan Koperasi Malaysia di Wisma Ungku Abdul  Aziz, Angkasa di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.

Dalam majlis itu sebanyak sembilan entiti menandatangani MoU dengan Angkasa. Ini termasuklah Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia (Koputra), Koperasi Perodua Selangor Berhad, Koperasi Minda Usahawan Berhad, Koperasi Shikazo Berhad, Kelab Motosikal Radio Televisyen Malaysia (RTM Bikers Club), Kelab Permotoran Raiders Malaysia, Kelab Sukan dan Rekreasi RTM Angkasapuri, Persatuan Veteran RTM (PVRTM) dan Persatuan Khidmat Masyarakat Bukit Bintang Kuala Lumpur.  – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN