Koperal polis ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Koperal polis ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan wang berjumlah RM10,000 di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) petang tadi.

Sumber SPRM memaklumkan, anggota polis lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pukul 4 petang selepas hadir memberikan keterangan.  

“Suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang sebanyak RM10,000 sebagai balasan melepaskan orang awam yang ditahan atas kesalahan dadah,” katanya di sini sebentar tadi. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dengan kes disiasat mengikut Seksyen17(a) Akta SPRM 2009. 

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di sini esok untuk proses reman,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN