KUALA LUMPUR – Pemeriksaan telah dibuat ke atas semua strawberi segar yang diimport daripada Australia di semua pintu masuk negara susulan kes penemuan jarum menjahit dalam strawberi yang dijual di pasaran negara itu. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihak Berkuasa Australia juga memberi jaminan bahawa berkuat kuasa 19 Sept ini, produk tersebut yang akan dieksport dari negara itu bebas daripada pencemaran logam melalui pengeluaran Perakuan Permit (RFPs)…










