SEHINGGA hari ini dunia perfileman Bollywood masih lagi meratapi pemergian aktres veteran Sridevi atau nama asalnya Shree Amma Yanger Ayyapan. Ternyata kematian mengejut primadona berusia 54 tahun itu pada 24 Februari lalu, sukar dicari ganti. Di sebalik kejayaan gilang gemilang aktres wanita pertama Bollywood yang pernah merangkul enam kali anugerah Filmfare ini, siapa sangka dia seringkali berdepan dengan kisah cinta yang tidak kesampaian sebelum bertemu suaminya, penerbit filem, Boney Kapoor.…










