KUALA LUMPUR 13 Sept. – Khidmat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV Holdings Berhad, Datuk Zakaria Arshad, sebagai pengarah syarikat itu ditamatkan, berkuat kuasa semalam. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat perniagaan pertanian itu berkata, tindakan tersebut berkuat kuasa selepas FGV menerima surat daripada pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan), semalam yang menarik balik pelantikan Zakaria sebagai pengarah lantikan kerajaan dalam pelaksanaan perlembagaan baharu FGV, yang telah diluluskan…










