Khidmat Teong Kim ditamatkan - Utusan Malaysia

Khidmat Teong Kim ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kegagalan melayakkan diri ke Piala Dunia Bawah 17 (B-17) tahun depan menyebabkan khidmat ketua jurulatih skuad bawah 16 (B-16) negara, Lim Teong Kim ditamatkan serta merta oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, keputusan tersebut dibuat selepas menerima arahan daripada Presidennya, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

“Keputusan dibuat berdasarkan prestasi skuad negara yang tidak melepasi saingan peringkat kumpulan.

“Datuk Hamidin sudah mengarahkan Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal memanggil Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia FAM bermesyuarat bersama Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo secepat mungkin untuk membentuk panel pemilihan bagi mencari pengendali baharu skuad B-16 kebangsaan.

“Cadangan mereka itu akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk diputuskan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Malaysia perlu menempatkan diri sekurang-kurangnya di peringkat separuh akhir Kejohanan B-16 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 untuk menempah tiket ke Piala Dunia B-17 2019 di Peru.

Begitupun, anak-anak buah Teong Kim gagal melangkah ke suku akhir selepas menamatkan kempen Kumpulan A di tangga ketiga ekoran kekalahan 0-2 kepada Jepun dalam aksi terakhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×