Ketua UNHCR baharu kritik tindakan terhadap penduduk minoriti, pendatang - Utusan Malaysia

Ketua UNHCR baharu kritik tindakan terhadap penduduk minoriti, pendatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 10 Sept. – Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia (UNCHR) baharu, Michelle Bachelet mengkritik tindakan keras terhadap penduduk minoriti di beberapa negara seperti Myanmar dan China selain menggesa negara Barat untuk menghormati hak pendatang.

Selain itu, beliau turut memberi amaran bahawa pembinaan tembok di beberapa negara hanya akan mencetuskan kekacauan dan penderitaan.

Kenyataan itu dilontarkan oleh Bachelet ketika sesi ke-39, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau juga menyatakan komitmennya untuk merapatkan jurang perbezaan antara masyarakat dan mempromosikan hormat-menghormati, kesejahteraan serta kebebasan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN