ARAU 23 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyokong usaha Persekutuan Besbol Malaysia (PBM) bagi membentuk sebuah pasukan besbol negara yang hebat hingga ke satu tahap membanggakan pada masa depan. Dalam masa sama, baginda juga berharap usaha gigih dan komitmen PBM dalam membangunkan sukan ini, agar diminati oleh pelajar sekolah, mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) dan masyarakat. Titah baginda, salah satu langkah yang perlu diusahakan bersungguh-sungguh…










