KUALA LUMPUR 29 Sept. – Biar apa pun spekulasi, cakap-cakap yang bertebaran ketika ini mengenai masa depan UMNO, namun sokongan serta kesetiaan ahli terhadap kepemimpinan parti keramat orang Melayu itu dilihat masih utuh. Kehadiran ribuan ahli UMNO sehingga membentuk ‘gelombang merah’ yang memenuhi Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mendengar ucapan sulung Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai nakhoda parti dalam Perhimpunan Agung UMNO merupakan manifestasi…










