KUALA TERENGGANU – Tahap kesedaran masyarakat di negara ini tentang risiko aktiviti di air masih rendah walapun bilangan mangsa lemas menunjukkan peningkatan. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, kejadian mati lemas bukan sahaja berada pada tahap membimbangkan malah insiden tersebut turut menggugat kesejahteraan awam. Menurut beliau, penganjuran kempen dan pendidikan secara strategik di bawah Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) harus diperhebat…










