Kes saman Anwar, Mazlan selesai - Utusan Malaysia

Kes saman Anwar, Mazlan selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Kes saman fitnah oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung dakwaan yang mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara, tiga tahun lalu  berakhir selepas Mahkamah Tinggi di sini merekodkan penyelesaian kes itu hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin merekodkan penyelesaian tersebut selepas Mazlan membaca permohonan maafnya secara terbuka di mahkamah hari ini.

Pada 15 Oktober 2015, Anwar, 71, memfailkan saman itu dengan menamakan Mazlan yang juga bekas Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Syarikat Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) dan Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) atas dakwaan memfitnah beliau dengan mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dakwaan tersebut hanya diketahui selepas berita mengenainya disiarkan menerusi Buletin Utama pada 2 Ogos 2013 dan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini