Kerajaan tidak bercadang turunkan harga petrol kepada RM1.50 seliter - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak bercadang turunkan harga petrol kepada RM1.50 seliter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk menurunkan harga petrol sehingga ke paras RM1.50 seliter.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, perkara itu juga tidak terkandung dalam janji manifesto Pakatan Harapan (PH) sepertimana didakwa oleh segelintir pihak.

“Setakat ini, kerajaan tidak merancang untuk turunkan harga sehingga RM1.50 seliter kecuali pada ketika itu harga minyak mentah dunia turun sedemikian rupa.

“Sebagaimana didakwa bahawa dijanjikan dalam manifesto PH, saya mencari di mana yang kita janji perkara itu (RM1.50), Saya tidak tahu mungkin ada sesiapa dalam keghairahan berkempen itu menjanjikan RM1.50 tetapi tidak ada dalam manifesto PH,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin yang meminta kerajaan menyatakan sama ada merancang untuk menurunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter pada masa akan datang, sebagaimana dijanjikan dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN